Khamis, 29 April 2010

Soal Selidik Maklumat Pemasangan Kampus Astro


Di Maklumkan kepada semua sekolah kelompok PKG Gunung Semanggol untuk menghantar Borang Soal Selidik Maklumat Pemasangan Kampus Astro (L/UPIM) bagi sekolah yang telah memasang Kampus Astro dan berfungsi.Borang tersebut boleh di ambil (Download) pada blog ini.

  • Pergi ke sidebar blog ini di sebelah kanan. Pada label Info PSS/Nilam dan Media. Click pada folder Kampus Astro.



  • Cari Borang Maklumat dan Borang Rekod Penggunaan.




  • Click pada borang tersebut dan satu paparan akan keluar. pilih tempat untuk menyimpan borang tersebut pada komputer dan click save.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 05-8904163.

Selasa, 20 April 2010

15 Laman Web Popular Malaysia

Comscore Inc. sebuah badan dan peneraju ukuran dunia digital, baharu-baharu ini mengeluarkan laporan mengenai penggunaan laman web di Malaysia. Fakta dan penemuan ini cukup menarik untuk dikongsi memaparkan laman web yang mempunyai bilangan pengunjug teramai termasuk laman web pemilikan internet dan juga laman web tempatan.

Ia dibuat berdasarkan servis ComScore World Metrix dan dijalankan sekitar jun tahun lalu terhadap lebih 9.3 juta pengguna Internet di Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Mereka ini dikaji dengan melihat corak penggunaan Internet sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Secara tidak langsung, laporan ini turut mendedahkan bahawa pengguna Malaysia mengakses kira-kira 1,066 muka kandungan Internet dan menghabiskan hampir 14 jam di talian pada bulan berkenaan.

Laman Web Tempatan Paling Banyak Dikunjungi

  1. MAYBANK2U.COM
  2. MUDAH.MY
  3. AIRASIA.COM
  4. STAR PUBLICATIONS
  5. UTUSAN.COM.MY
  6. BHARIAN.COM.MY
  7. MALAYSIAKINI.COM
  8. JOBSTREET.COM
  9. 701PANDUAN.COM
  10. HMETRO.COM.MY
  11. LOWYAT.NET
  12. DIGITAL FIVE
  13. CIMBCLICKS.COM.MY
  14. MALAYSIAAIRLINES.COM.MY
  15. MAXIS.COM.MY
Sumber: Comscore World Matrix / Majalah PC

Jumaat, 16 April 2010

PC Fair Kembali Lagi...


Pikom PC Fair Kembali lagi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada 16 April 2010 hingga 18 April 2010. Bermula 11.00 pagi hingga 9.00 malam.Jangan lepaskan peluang dapatkan harga barangan ICT dengan harga yang berpatutan..

Pekeliling Perolehan Dan Pengurusan Aset (ICT)

Dimaklumkan bahawa Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Pekeliling Perolehan dan Pengurusan Aset Bil.1/2009 bagi menjelaskan dan menyeragamkan mengenai peraturan / prosedur khusus bagi penggunaan, penjagaan, penyimpanan dan membawa keluar peralatan Teknologi Maklumat dan komunikasi yang akan diguna pakai di kementerian Pelajaran Malaysia.

*Pekeliling di atas boleh di download di dalam blog ini.

Rabu, 14 April 2010

Status Terkini Data ICT (SPPICTS)

Tahniah Pada Sekolah yang telah berjaya mengisi semua data.Pada sekolah yang masih belum isi, jangan bimbang kerana masih ada masa lagi. Untuk makluman,pengisian data ICT ini bermula pada 14 - 15 April 2010 bagi negeri perak untuk mengelakan kesesakan.

Jumaat, 9 April 2010

Jadual Baru Pengisian Data SPPICTS

Catatan:
  1. Mohon Guru ICT untuk mengisi data semula mengikut jadual baru diatas iaitu pada 14 hingga 15 April 2010 bagi mengelakkan kesesakan.
  2. Pada 17 April(sabtu), 24 April (sabtu) dan 2 jun (Ahad) terbuka kepada semua negeri.
  3. Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat.
  4. Pastikan semua 8 bidang yang terlibat iaitu:
  • Capaian Internet
  • Pusat Akses Sekolah
  • Makmal Komputer
  • Eduweb TV
  • Peralatan PPSMI
  • Perisian kursus pendidikan
  • ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran & perkongsian Pintar diisi dengan lengkap.
Pengecualian di beri hanya kepada Pusat Akses sekolah dan Perkongsian Pintar untuk sekolah yang tidak mempunyai bidang tersebut.Pihak PKG ingin meminta Maaf diatas kesulitan yang dialami oleh Guru.Harap Maklum.
Sebarang kemusykilan sila hubungi kami di 05-8904163.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More