Selasa, 14 Ogos 2012

Program Ziarah Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian


Selasa,7 Ogos 2012 - Satu Program Ziarah Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian 2012 telah di adakan bagi membantu dan memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang di alami oleh Guru-guru yang sakit serta keluarga bagi guru yang telah meninggal dunia. Program ini diketuai oleh Ketua Sektor Psikologi dan kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Perak Pn.Khadijah Bt Mohd Shaari, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Pn.Ommi Kalsom Bt Mohamad dan Pegawai-pegawai PPD serta Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian yang turut sama bagi menjayakan Program Ziarah pada kali ini.

Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas bagi memaklumkan kepada semua yang terlibat mengenai aturcara dan hal-hal yang berkaitan bagi melincinkan perjalanan program. Selepas selesai taklimat, Program Ziarah dimulakan dengan terus ke rumah Pn.Siti Sarah Bt Ani di Taman Seri Tenggara,Parit Buntar yang mengalami masalah kesihatan kanser.sedikit sumbangan telah diberikan kepada beliau dan doa agar beliau terus tabah dan diberikan kesihatan yang lebih baik.

Program ziarah diteruskan lagi ke rumah keluarga Allahyarham Ust.Hj Hassan Bin Husin di Taman Kerian,Parit Buntar. Tahlil ringkas telah diadakan dirumah keluarga Allahyarham dan sedikit sumbangan. Kemudian,diteruskan lagi ke rumah En.Saidi Bin Majid di Sg Dungun.En.Saidi mengalami masalah penyakit kencing manis yang kritikal sehingga beliau tidak dapat melihat serta lemah pada kedua-dua belah kaki.Doa dan sumbangan telah diberikan kepada beliau agar kesihatan beliau bertambah baik dan dapat meringankan sedkit beban bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Seterusnya,program diteruskan lagi ke rumah yang terakhir bagi program ini iaitu rumah En.Ismail Hajar Bin Abdul Rahman di Taman Serai Maju,Bagan Serai. Beliau juga mengalami masalah kesihatan yang serupa dengan En.Saidi. Matanya juga tidak boleh melihat dan lemah kedua belah kakinya. Diharap beliau terus tabah menjalani ujian dan dugaan yang telah diberikan oleh Allah, sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah jua lah yang lebih mengetahui. Doa dipohon dan sedikit sumbangan telah diberikan kepada beliau.

Program Ziarah telah berakhir di sini, dan diharapkan program seperti ini akan terus diadakan lagi bagi mengingati Guru-Guru yang uzur dan sakit yang telah banyak memberikan jasa kepada Agama,Bangsa dan Negara.Akhir kata, "Terima Kasih Cikgu" dan di doakan mereka semua terus tabah menjalani kehidupan yang mendatang.

Rabu, 8 Ogos 2012

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Jumaat, 3 Ogos 2012 - Satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR telah diadakan dengan kerjasama Pengerusi Sekolah Kelompok 7 iaitu En.Mokhtar Bin Mat Piah,Guru Besar Sk Dato' Alaudin. Bengkel yang telah bermula pada 31 Julai 2012 - 3 Ogos 2012, Seramai 50 orang murid telah terlibat dalam bengkel ini.Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan teknik yang betul bagi menjawab soalan di dalam peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pelajar yang terlibat dan didoakan semoga berjaya di dalam Peperiksaan nanti.
Photobucket

Pemantauan BTPN/PKG 2012

Khamis,2 Ogos 2012 - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) telah melaksanakan Pemantauan di Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol (PKG) bagi memenuhi kehendak Persijilan ISO. Pemantauan yang berlangsung selama 2jam setengah itu telah berjalan dengan jayanya mengikut instrumen yang telah ditetapkan. Tahniah kepada seluruh warga kerja Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang Pemantauan berlangsung.

Photobucket

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More