Selasa, 17 Disember 2013

Kenali Storan USB Tiruan

Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
IMAG0250
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
IMAG0251Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Pendrive FakeTipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.
Fake Pendrive TestSetelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.
Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.
Muat turun: Perisian h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi
Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
7837704Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.
Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.
SUMBER:AMANZ.MY

Rabu, 20 November 2013

Penambahbaikan Mutu Kerja Pemasangan dan Penyelenggaraan Pencegahan (PM) VDI

Untuk makluman pihak sekolah yang mendapat pembekalan peralatan ICT ke Makmal Komputer dengan penyelesaian VDI Thin Client akan menerima penambahbaikan mutu kerja pemasangan dan penyelenggaraan pencegahan bermula 25 November 2013 - 27 Disember 2013.

Sehubungan dengan itu, pihak syarikat Bitara Induk Sdn Bhd akan ke sekolah-sekolah yang terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan mutu kerja pemasangan dan penyelenggaraan pencegahan seperti berikut:

25 - 29  November 2013 
1.SK Tebuk Panchur

2 - 6  Disember 2013
1.Sk Sama Gagah
2.Sk Hj Dahlan
3.Sk Kuala Gula

Rabu, 6 November 2013

Mobile Lab - Basic User Guide


Khamis, 17 Oktober 2013

Kajian Bahan Digital MBMMBI 2013

Pihak sekolah diminta untuk mengisi Kajian Bahan Digital MBMMBI 2013 secara atas talian.
kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan digital MBMMBI di sekolah bagi pemantapan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Sehubungan dengan itu,diminta semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah untuk mengisi kajian tersebut.Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai PKG di talian 05-8904163.



Khamis, 10 Oktober 2013

Program Kem Membaca 1 Malaysia dan Read 2013

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Nilai sumbangan bahan bacaan yang diberikan bertambah dengan peningkatan bilangan sekolah dan murid yang mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun meningkat. 

Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’

Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya saing di peringkat global. 

Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.

Untuk makluman kini pendaftaran secara atas talian telah dibukakan pada 23 September 2013 sehingga 25 Oktober 2013 di laman web seperti dibawah:-

http://www.readtogether.com.my/

Tahun ini Scholastic hanya membuka kepada 2500 PENYERTAAN sahaja.


DAFTAR SEGERA!!!  Sila klik sini untuk muaturun bahan READ2013.

MUAT TURUN SURAT PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013

Rabu, 11 September 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru dan murid terhadap keberkesanan penggunaan bahan digital. Hasil daripada kajian ini akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pembangunan bahan digital.

Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid disetiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dijalankan ke seluruh negara bermula 6 september 2013 hingga 20 september 2013 secara atas talian.

Untuk soal selidik Guru
https://docs.google.com/forms/d/1_bPIAzmB9f1T84cuvRu-LF-BkRhLVDelTLMtw0iAswY/viewform

Untuk soal selidik Murid (Minimum 10 Orang Murid)
https://docs.google.com/forms/d/1lG04TCNrWb3I8j7kAwam1iOYG8nExfHP4GrzBF68SWY/viewform

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG ditalian 05-8904163

Selasa, 10 September 2013

SSQS 2.0

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2013

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordination Commite (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara.

Indikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Indikator SSQS 2.0 ini mempunyai 5 domain  iaitu:


  1. Domain Penggunaan (30%)
  2. Domain Modal Insan (30%)
  3. Domain Aplikasi (10%)
  4. Domain Infrastruktur (10%)
  5. Domain Pusat Sumber Sekolah (20%)

Penarafan SSQS ini akan diselaras, dipantau dan dibimbing pelaksanaanya oleh Pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri  (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini ialah pada 2 September 2013 hingga 24 September 2013.

Sila Layari Blog SSQS Negeri Perak bagi maklumat lanjut dan pengisian

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163

Jumaat, 16 Ogos 2013

Password + Kata Laluan


Khamis, 18 Julai 2013

SPS - SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH


SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti







Rabu, 17 Julai 2013

VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT

Untuk makluman, pada tahun ini terdapat beberapa buah sekolah telah terpilih bagi Projek Pembekalan Peralatan ICT ke Makmal Komputer Sekolah dengan menggunakan teknologi VDI iaitu VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT.

Apakah itu VDI?

Virtual Desktop Infrastructure adalah VMware Horizon View 5.2. Vmware Horizon View 5.2 ini memberikan perkhidmatan desktop daripada server untuk membolehkan pengguna
menggunakan sistem operasi sama seperti komputer tradisional  (“no changed environment”).

Dengan menggunakan sistem Virtual Desktop Infrastructure (VDI), ia memudahkan
pengurusan IT mengautomasikan dan menyelenggara sebanyak mana Thin Client.
Selain itu, pengguna juga dapat mencapai sistem operasi dan aplikasi yang telah
di pasang tidak kira dimana berada.

Antara kelebihan penggunaan VDI Thin Client ini adalah:
• Memudahkan pengurusan dan meningkatkan mutu kawalan
• Mengurangkan “Total Cost Ownership (TCO)” sehingga 50%
• Pengalaman capaian desktop yang lebih baik
• Strategi kesinambungan dan Pemulihan Bencana
• Menyokong produktiviti pengguna dengan konsep “Follow-Me-Desktop"
• Fleksibel dalam penggunaan polisi “hardware” 



Rabu, 3 Julai 2013

PUSAT ADUAN MEJA BANTUAN SPS ARAS 1

Dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2013, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula digunakan secara rasmi di semua sekolah KPM yang melibatkan enam (6) modul teras. Sehingga 31 Disember 2013, data sekolah (EMIS), data staf (EMIS/SMG) dan data murid (APDM/SMM) akan dapat dikutip dari SPS.

Sehubungan dengan pelaksanaan SPS ini, sekolah yang mempunyai masalah boleh membuat panggilan kepada talian bebas tol 1-800 xxxx (yang akan dimaklumkan nanti ke semua sekolah dan BTP serta rangkaiannya). Disebabkan talian masih belum tersedia, pihak kami menyediakan talian sementara untuk pihak sekolah membuat sebarang aduan ke Meja Bantuan SPS Aras 1 di BTP.

Oleh itu, buat sementara waktu, pihak sekolah boleh membuat panggilan di pusat Meja Bantuan SPS Aras 1 (BTP) dengan menggunakan talian seperti berikut:

     1.  03-  2081 8113
     2.  03- 2081 8114
     3.  03- 2081 8115
     4.  03-  2081 8116
     5.  03- 2081 8117
     6.  03- 2081 8119


Pihak sekolah juga boleh membuat aduan ke pusat Meja Bantuan BTP melalui e-mel di alamat seperti berikut:

      1.  sps.helpdesk@moe.edu.my
      2.  sps.helpdesk2013@gmail.com



Khamis, 6 Jun 2013

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Isnin, 27 Mei 2013

CIRI-CIRI PENDIDIK ABAD KE-21


Diam tak diam, kita telah berada dalam Abad Ke-21 selama 13 tahun 101 hari. Namun, sehingga hari ini warga pendidikan tidak lekang-lekang menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Apakah maksud sebenar Pendidikan Abad Ke-21 atau adakah ia lebih merupakan anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber terutamanya yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik?

Di Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman boleh dilihat sebagai pelopor kepada corak pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 melalui pelaksanaan Program e-book oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. e-Book ialah sebuah komputer mini yang dilengkapi perisian akademik mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memudahkan proses pembelajaran di dalam kelas, sekaligus mengurangkan beban murid untuk membawa buku ke sekolah. Walaupun terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini, usaha sebegini harus dipuji dan disokong supaya Pendidikan Abad Ke-21 benar-benar menjadi kenyataan dan menjadi sebahagian daripada lanskap pendidikan negara ini.

Guru dan juga pemimpin sekolah seharusnya menjadi pemangkin kepada perubahan minda dan pengurusan perubahan supaya dapat menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan secara berterusan. Kejutan budaya dan pandangan negatif tidak seharusnya berlaku sekiranya semua pihak memainkan peranannya masing-masing. Akan tetapi, bagaimanakah kita melaksanakan perubahan ini? Kita boleh bermula sedikit demi sedikit dengan mengenal pasti ciri-ciri pendidik Abad Ke-21 seperti rajah di bawah. Jika kita sentiasa bersikap terbuka, kreatif dan inovatif dalam menangani perubahan, tanpa kita sedari kita telah berubah daripada seekor ulat beluncas yang hanya merayap di atas daun-daunan kepada rama-rama yang mampu terbang di angkasa.



Rabu, 22 Mei 2013

MICROSOFT TAMATKAN OPERASI WINDOWS XP PADA 8 APRIL 2014



Sebagai Makluman, Microsoft Malaysia telah mengumumkan secara rasminya penamatan sokongan Windows XP dan Office 2003 yang akan dilakukan pada 8 April 2014. Pengguna yang sedang menggunakan sistem operasi ini, yang telah beroperasi selama 11 tahun diingatkan untuk segera bermigrasi bagi mengelakkan risiko kelemahan security, dan gangguan kepada perisian lain. Bermula tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi menyediakan pembaikan kemas kini secara automatik serta bantuan teknikal dalam talian. Berikut adalah jadual penamatan:

oducts ReleasedLifecycle Start DateMainstream Support End DateExtended Support End DateService Pack Support End Date
Windows XP Home Edition31/12/200114/04/200908/04/201430/08/2005
Windows XP Media Center Edition 200228/10/200214/04/200908/04/201430/08/2005
Windows XP Media Center Edition 200427/10/200314/04/200908/04/201410/10/2006
Windows XP Media Center Edition 200530/12/200414/04/200908/04/201411/01/2011
Windows XP Professional31/12/200114/04/200908/04/201430/08/2005
Windows XP Professional x64 Edition24/04/200514/04/200908/04/201414/04/2009
Windows XP Professional x64 Edition Service Pack 212/03/2007Review NoteReview Note
Windows XP Service Pack 130/08/2002Not ApplicableNot Applicable10/10/2006
Windows XP Service Pack 1a03/02/2003Not ApplicableNot Applicable10/10/2006
Windows XP Service Pack 217/09/2004Not ApplicableNot Applicable13/07/2010
Windows XP Service Pack 321/04/2008Review NoteReview Note
Windows XP Tablet PC Edition11/02/200314/04/200908/04/201410/10/2006
Windows XP Tablet PC Edition 200525/08/200414/04/200908/04/201412/07/2011


SUMBER:http://www.microsoft.com/en-us/windows/endofsupport.aspx

Khamis, 2 Mei 2013

(INFOGRAFIK)12 FAKTA MENGENAI KOMPUTER YANG MUNGKIN ANDA TIDAK KETAHUI

Selasa, 30 April 2013

KEPUTUSAN ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2013


BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
JOHAN
Selangor
Sofea Arisya binti Muhammad Shaifuddin
(010526-08-0674)
SK Seksyen 9
NAIB JOHAN
Kedah
Nur Azwa binti Hisham
(011017-02-0774)
SK Sungai Pasir
KETIGA
Kelantan
Dine Aiman bin Mohd. Fakharuddin
(010822-03-1105)
SK Dato Hashim 1
SAGUHATI
Terengganu
Nurul Syarafina binti Abdul Rahim
(010424-11-0158)
SK Tengku Mahmud
SAGUHATI
Negeri Sembilan
Nur Amira Husna binti Othman
(010719-04-0222)
SK Rompin

BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
JOHAN
WP Kuala Lumpur
ONG QIAO SE
(010808-14-1690)
SJKC Taman Connaught
NAIB JOHAN
Perak
JACLYN LOH HUI LING
(010919-08-0106)
SK Convent Kota
KETIGA
Sarawak
TEJBIR KAUR A/P JASBIR SINGH
(010206-13-0660)
SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim
SAGUHATI
Kedah
AUDREY KANG NIAN JI
(010815-02-0280)
SK Convent
SAGUHATI
Pahang
NUR MUJEERA CHAUDHRY BINTI 
SHAHID HAQ CHAUDHRY
(010129-06-0602)
SK (P) Methodist




BAHASA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH
JOHAN
Johor
MOHAMAD IKA DANIAL BIN ABDULLAH
(961207-01-6345)
SMK Taman Johor Jaya 1
NAIB JOHAN
Melaka
NURATIKA BINTI ABD. AZIZ
(960528-04-5468)
SMK Telok Mas
KETIGA
Pulau Pinang
MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MOHD. SUBKI
(960127-02-5829)
SMK Agama Al-Irshad
SAGUHATI
WP Kuala Lumpur
PARVEEN KAUR A/P JAGDEV SINGH
(960927-14-5386)
SMK Convent Sentul
SAGUHATI
Kelantan
NUR DINI BINTI ZUPLI
(960812-03-5988)
SMK Agama Naim Lilbanat

BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH
JOHAN
Sarawak
ABEL GERARD LAW SHUO QUAN
(960118-13-5567)
SMK Batu Lintang, Kuching
NAIB JOHAN
WP Kuala Lumpur
NANTHINI A/P MAGESWARAN
(960601-56-5188)
SM Sains Seri Puteri
KETIGA
Negeri Sembilan
IRA ZALIS BINTI ISMAIL
(961107-14-5764)
Kolej Tengku Kurshiah
SAGUHATI
Johor
VISHALINI A/P RAVICHANDRAN
(960324-01-5240)
SMK Bandar Putra
SAGUHATI
Terengganu
ANAS BIN MOHAMAD DAUD
(960128-91-5065)
SM Imtiaz Dungun

Jumaat, 26 April 2013

BAHAN TOKOH NILAM 2013

Untuk makluman Guru Penyelaras Media dan Pusat Sumber Sekolah,Bahan Tokoh Nilam 2013 boleh dimuat turun sebagai panduan.Sekian,Harap Maklum.

Klik sini untuk muat turun

Rabu, 27 Mac 2013

PENAMATAN TALIAN INTERNET TMSBB

Adalah dimaklumkan pihak tuan dimestikan untuk menamatkan perkhidmatan talian internet School Broadband di sekolah tuan setelah genap 30 hari talian 1Bestarinet beroperasi di sekolah pihak tuan. Ini bagi mengelakkan pihak kerajaan perlu membayar sebanyak 2 perkhidmatan talian internet dalam satu masa. 

Kegagalan pihak tuan membuat penamatan akan menyebabkan pihak sekolah mesti menggunakan peruntukan sendiri bagi membuat pembayaran bagi perkhidmatan School Broadband tersebut. Sebarang permasalahan berkenaan talian 1Bestarinet, pihak tuan diminta terus menghubungi talian Helpdesk 1Bestarinet.

CONTOH SURAT PENAMATAN KLIK SINI

Rabu, 20 Mac 2013

Bahan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah



Makluman kepada Guru Penyelaras Media dan Guru Pusat Sumber,boleh memuat turun Bahan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah sebagai bahan rujukan bagi memantapkan Pengurusan Pusat Sumber disekolah masing-masing.Antara bahan yang telah disediakan adalah seperti :

  1. Analisis
  2. Carta Gantt Aktiviti
  3. Carta Gantt kerja pengurusan PSS
  4. Dasar Pemilihan bahan buku
  5. Kriteria pemilihan bahan
  6. Organisasi bahan PSS
  7. Pengkelasan
  8. Rekod penggunaan
  9. Sistem Fail PSS
  10. Bahan Bacaan
  11. Contoh Graf pengurusan PSS
  12. Fail Rekod
  13. Fail Kuasa Terbaru
  14. Instrumen PSS Cemerlang
  15. Proses Teknik
  16. SKT GPM

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More