Khamis, 26 Februari 2015

PANDUAN UNTUK PENGALAMAN INTERNET YANG SELAMAT DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH - BAHAGIAN 1

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN PENGGUNAAN KOMPUTER YANG SELAMAT


  1. Letakkan atau tetapkan penggunaan komputer di tempat terbuka atau ruang berkumpul keluarga contohnya ruang tamu. Ini akan memudahkan ibu bapa untuk memantau penggunaan internet anak mereka.
  2. Pastikan perisian antivirus, pemantauan (parental filters), pop-up blockers dan tetapan privasi dipasang dan dikemaskini.
  3. Letakkan penghalang atau penutup pada webcam apabila tidak dapat digunakan kerana ianya boleh digodam dan dihidupkan oleh orang lain dengan niat tertentu yang bertujuan negatif tanpa disedari oleh pengguna komputer tersebut.
Uji kata laluan anda di

 SUMBER:LAPORAN KAJIAN SELIDIK KEBANGSAAN 2014 (CYBERSAFE)
                 JARINGAN KESELAMATAN: PEMBINAAN KEUPAYAAN DI KALANGAN 
                 KANAK-KANAK SEKOLAH MALAYSIA SUPAYA SELAMAT ATAS TALIAN

Rabu, 18 Februari 2015

ANTIVIRUS MASIH RELEVEN?

Jika diambil kira statistik, kajian dan ramalan syarikat-syarikat keselamatan siber nampaknya risiko ancaman siber seolah-olah tidak pernah surut. Malah, ancamannya semakin pelbagai dan mencabar untuk dibendung. Tambah pula semakin ramai yang menggunakan komputer dan peranti mudah alih untuk tugas seharian. Selain itu, semakin ramai yang menggunakan khidmat/aplikasi yang berasaskan web, seperti perbankan dalam talian, email dan laman sosial.
Berikut ini adalah fakta-fakta menarik berkaitan ancaman siber dan perlunya langkah berkesan untuk menanganinya:

  1. Syarikat keselamatan siber menjangkakan bahawa ancaman siber akan berterusan pada tahun 2015. Ancaman ini datang dalam pelbagai bentuk, ini meliputi jangkitan malware, serangan penggodam, dan kecurian data-data penting.
  2. Mereka juga mendakwa jumlah malware baru yang dicipta terus meningkat daari semasa ke semasa. Ini bermakna risiko terkena jangkitan tetap ada dan langkah-langkah perlindungan masih diperlukan bagi menangkis serangannya.
  3. Jadi, penggunaan perisian antivirus atau keselamatan internet pada komputer masih releven. sebabnya, malware boleh menular dengan pelbagai cara seperti menerusi emel, laman web, storan luaran, laman sosial dan sebagainya.
  4. Teknik kejuruteraan sosial juag sering digunakan oleh penjenayah siber untuk memperdayakan mangsa. Contohnya, mereka cuba memancing (phishing) mangsa yang tidak menyedarinya, agar menyerahkan data-data penting mereka.
  5. Biasanya, penjenayah siber cuba mencuri data penting atau bernilai seperti nama panggilan dan kata laluan. Data ini sering digunakan untuk mengakses akaun perbankan dalam talian, akaun emel dan pelbagai akaun laman sosial.
  6. Malware jenis trojan juga kerap digunakan untuk mencuri data penting mangsa. Malah, ada trojan yang berupaya menyorok fail atau mengunci fail mangsa. Lebih teruk lagi jika mereka menuntut tebusan untuk membuka kuncinya.
"Ancaman siber seperti malware masih berlarutan dan perisian keselamatan masih releven untuk mengatasinya"


 SUMBER:MAJALAH PC

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More