Khamis, 29 Januari 2015

PERSARAAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1 PKG GUNUNG SEMANGGOL


Seluruh Warga Kerja PKG Gunung Semanggol mengucapkan selamat bersara kepada En.Md Mamsor Bin Md Nordin, PTP 1 PKG Gunung Semanggol. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah. Terima Kasih diatas pengorbanan dan segala tunjuk ajar.Terima kasih Tuan!

Isnin, 19 Januari 2015

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAN PSS CEMERLANG 2015

Kepada Guru Besar/Pentadbir Sekolah

Sukacita dimaklumkan Surat Pemilihan Tokoh Nilam dan PSS Cemerlang bagi tahun 2015 boleh dimuat turun untuk makluman lebih lanjut.

Klik Di Sini Untuk Muat Turun

Khamis, 15 Januari 2015

Tahukah Anda? Anda Boleh Pinjam Buku Secara Digital Daripada Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia mungkin sedia popular dikalangan ramai pengguna dalam mendapatkan buku-buku berbentuk fizikal untuk rujukan dan untuk dipinjam untuk tempoh yang terhad. Dengan perkembangan arena digital, pihak Perpustakaan Negara Malaysia juga turut menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam buku digital daripada koleksi yang disediakan oleh mereka.
Untuk membuat pinjaman secara digital daripada Perpustakaan Negara Malaysia, pengguna hanya perlu ke laman rasmi PNM, dan seterusnya mendaftar akaun percuma.
Perpustakaan Negara Malaysia
Layari : PNM E-Lib
Sebaik sahaja selesai mendaftar, anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun menggunakan emel, dan seterusnya sudah boleh mengakses koleksi buku yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia.
Pihak PNM menawarkan kemudahan untuk pengguna pinjam sesuatu buku selama 7 hari secara digital – dimana ia akan ditambah ke akaun anda untuk diakses, dan selepas tujuh hari ia akan dipadam. Seperti biasa, anda masih boleh pinjam ia semula untuk meneruskan bacaan anda.
Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia
Untuk memudahkan proses membaca, pihak PNM menyediakan aplikasi untuk iPad dan juga Android, selain turut menawarkan kemudahan untuk membaca secara online.
Buat masa ini, penawaran buku digital melalui PNM masih terhad, tetapi ia mungkin ditambah dari hari ke hari, apatah lagi dengan perkembangan sihat dalam arena penerbitan digital dari hari ke hari.

Selasa, 13 Januari 2015

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL 21 TAHUN 2014 PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)



Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berusaha memantapkan penggunaan satu sistem bersepadu dengan mengambil kira pengintegrasian data kepada satu data tunggal bagi murid, guru, dan sekolah. Pengintegrasian ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan KPM.

Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bermula 1 januari 2015 dan boleh diakses melalui alamat http://sps.moe.gov.my  sistem-sistem lain yang sedia ada akan ditamatkan dari semasa ke semasa setelah pengintegrasian selesai. Bersama-sama dengan ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH(SPS)

SURAT SIARAN DAN GARIS PANDUAN SPS

Selasa, 6 Januari 2015

PELANJUTAN TEMPOH INTERIM UNTUK TALIAN INTERNET BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM NEGERI PERAK YANG MASIH BELUM MENERIMA PERKHIDMATAN INTERNET 1BESTARINET PADA TAHUN 2015

Pengetua/ Guru Besar, 
Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak.

Tuan,

1. Sukacita dimaklumkan bahawa semua urusan pembayaran perkhidmatan internet dalam tempoh interim bagi tahun 2015 akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.

2. Bagi memastikan proses pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu, pihak tuan dibenarkan untuk meneruskan langganan talian internet secara interim dengan ISP sedia ada atau memilih ISP baharu.

3. Bagi sekolah yang ingin melanggan perkhidmatan internet dengan ISP baharu sila kemukakan dokumen berikut :
3.1 Satu salinan borang permohonan langganan
3.2 Sebut harga perkhidmatan
3.3 Terma dan syarat daripada ISP

4. Dokumen di atas hendaklah sampai kepada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak sebelum 15 Januari 2014. Langganan perkhidmatan internet interim dengan ISP sedia ada akan dilanjutkan sekiranya tiada sebarang maklum balas bertulis daripada pihak tuan yang diterima pada tarikh tersebut.

5. Berikut adalah surat siaran dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan pelanjutan tempoh interim untuk tindakan tuan.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More